MARA Terus Mara...

MARA Terus Mara...

Tuesday, July 6, 2010

*CINTA SEJATI LANGIT DAN LAUT*

Dahulukala, Langit dan Laut saling jatuh cinta. Mereka saling
menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya
Laut
terhadap
Langit, warna Laut sama dengan warna Langit. Oleh sebab
sangat sukanya
Langit terhadap Laut, warna Langit sama dengan warna
laut.

Setiap senja datang, si Laut dengan lembut sekali membisikkan kata-
kata "
Aku Cinta Padamu" ke telinga Langit. Setiap kali Laut
mendengar bisikan penuh cinta
Laut terhadapnya, Langit tidak
menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah-
merahan.

Suatu hari, datanglah Awan. Melihat kecantikan si Langit, Awan terus
jatuh hati terhadap
Langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu
sahaja
Langit hanya setia mencintai Laut. Setiap hari, Langit hanya
mahu melihat
Laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus
asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal.
Awan mengembangkan
dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah
di antara
Langit dan Laut. Ia berusaha menghalangi pandangan Langit
dan
Laut terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat Langit. Laut
mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir
Awan yang mengganggu
pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu
datanglah
Angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta Langit dan
Laut. Angin berasakan perlu membantu Langit dan Laut menyingkirkan
Awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.

Dengan tiupan keras dan kuat, Angin meniup Awan. Lantas terpecah-
pecahlah
Awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia
tidak berupaya lagi melihat
Langit dengan jelas dan tidak mampu lagi
untuk mengungkapkan perasaannya terhadap
Langit. Kerana rasa
terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap
Langit, Awan menangis sedih.

Hingga sekarang, kasih antara Langit dan Laut tidak dapat dipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung Laut, di mana ada garisan horizonyang menemukan Langit dan Laut, di situlah mereka sedang berpacaran.

No comments:

Post a Comment