MARA Terus Mara...

MARA Terus Mara...

Tuesday, July 6, 2010

~Guru Aplikasi Komputer~

Unit Aplikasi Komputer adalah sebuah unit yang terdiri daripada 2 orang pengajar teknikal PPLV :

Pengajar 1 : Zamzuri Bin Zulkofli.
Mempunyai kelulusan Kejuruteraan Elektronik dan Komputer. Mula berkhidmat dengan MARA pada tahun 2005 sehingga kini.


Pengajar 1 : Erni Binti Azmee.
Mempunyai kelulusan Sains Komputer dari UTM. Mula berkhidmat dengan MARA pada tahun 2005 sehingga kini.

Subjek yang diajar bagi unit ini ialah Aplikasi Komputer EIV / TIV 1021. Subjek ini terdiri daripada 4 unit seperti di bawah :

Unit 1 : Pengenalan Kepada Komputer
Unit 2 : Pemprosesan Perkataan, Helaian Elektronik dan Persembahan Bergrafik.
Unit 3 : Adobe Photoshop.
Unit 4 : Rekabentuk Web.

@Belajar Photoshop@

Penggunaan Efek Blur

Pada tutorial Photoshop ini saya membahas tentang beberapa contoh efek menggunakan filter blur. Filter ini sudah ada sejak Photoshop zaman Majapahit versi lama. Secara umum efek ini biasa digunakan untuk membuat sebuah gambar nampak kabur, sehingga kelihatan tidak jelas. Digunakan juga untuk memberikan kesan objek yang bergerak dengan cepat, atau untuk membuat sebuah model foto nampak lebih fokus.

Sebagai contohnya, berikut ini kita akan menerapkan beberapa jenis filter Blur pada sebuah foto.

Langkah 1
Bukalah sebuah foto dengan seorang atau lebih model foto.

tutorial photoshop efek blur 1

Langkah 2
Pisahkan dulu gambar model dari background dalam sebuah layer yang lain. Caranya dengan membuat seleksi pada model kemudian Edit > Copy dan Edit > Paste pada file itu juga. Kemudian, tekan Ctrl + J setelah gambar diseleksi.

tutorial photoshop efek blur 2

Langkah 3

Setelah gambar model berada pada layer yang lain, sekarang aktifkan / pilih layer background. Layer background ini yang akan kita beri efek blur.

tutorial photoshop efek blur 3

Langkah 4
Pilihlah menu Filter > Blur > ..
Dari pilihan menu blur tersebut, pilihlah salah satu. Jumlah dan jenis efek blur yang tersedia di sini pelbagai sesuai dengan versi Photoshop yang digunakan. Pada Photoshop versi baru pilihan blur semakin banyak berbanding versi-versi sebelumnya.

Berikut ini adalah filter blur yang seringkali saya gunakan, misalnya :

  • Gaussian blur
    Dengan filter blur ini kita akan membuat gambar model nampak lebih fokus daripada gambar latar belakangnya. Nilai radius boleh diubah-ubah untuk menentukan tingkat kekaburan gambar.

    tutorial photoshop efek blur 4

    Contoh gambar dengan Gaussian Blur

    tutorial photoshop efek blur 5

  • Motion Blur
    Dengan filter blur ini kita boleh membuat sebuah objek / model foto nampak bergerak dengan cepat. Kadar kekaburan gambar bisa dilakukan dengan mengubah nilai pada Distance. Sedangkan arah gerakan kabur boleh diatur dengan mengubah nilai darjah pada Angle.

    tutorial photoshop efek blur 6

    Contoh gambar dengan Motion Blur

    tutorial photoshop efek blur 7

  • Radial Blur
    Filter blur ini mempunyai dua pilihan, iaitu Spin dan Zoom. Spin digunakan untuk membuat efek kabur dengan bentuk putaran. Sedangkan Zoom digunakan untuk membuat efek kabur dengan arah dari tengah ke tepi. Tingkat kekaburan gambar boleh diatur dengan mengubah nilai pada Amount.

    tutorial photoshop efek blur 8

    Contoh gambar dengan Radial Blur > Spin

    tutorial photoshop efek blur 9

    Contoh gambar dengan Radial Blur > Zoom

    tutorial photoshop efek blur 10

Selain digunakan untuk membuat kesan kabur, efek blur boleh dikombinasikan lagi dengan penggunaan layer blending untuk membuat efek lain yang lebih menarik.




*CINTA SEJATI LANGIT DAN LAUT*

Dahulukala, Langit dan Laut saling jatuh cinta. Mereka saling
menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya
Laut
terhadap
Langit, warna Laut sama dengan warna Langit. Oleh sebab
sangat sukanya
Langit terhadap Laut, warna Langit sama dengan warna
laut.

Setiap senja datang, si Laut dengan lembut sekali membisikkan kata-
kata "
Aku Cinta Padamu" ke telinga Langit. Setiap kali Laut
mendengar bisikan penuh cinta
Laut terhadapnya, Langit tidak
menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah-
merahan.

Suatu hari, datanglah Awan. Melihat kecantikan si Langit, Awan terus
jatuh hati terhadap
Langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu
sahaja
Langit hanya setia mencintai Laut. Setiap hari, Langit hanya
mahu melihat
Laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus
asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal.
Awan mengembangkan
dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah
di antara
Langit dan Laut. Ia berusaha menghalangi pandangan Langit
dan
Laut terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat Langit. Laut
mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir
Awan yang mengganggu
pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu
datanglah
Angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta Langit dan
Laut. Angin berasakan perlu membantu Langit dan Laut menyingkirkan
Awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.

Dengan tiupan keras dan kuat, Angin meniup Awan. Lantas terpecah-
pecahlah
Awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia
tidak berupaya lagi melihat
Langit dengan jelas dan tidak mampu lagi
untuk mengungkapkan perasaannya terhadap
Langit. Kerana rasa
terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap
Langit, Awan menangis sedih.

Hingga sekarang, kasih antara Langit dan Laut tidak dapat dipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung Laut, di mana ada garisan horizonyang menemukan Langit dan Laut, di situlah mereka sedang berpacaran.